fbpx

PKPD Hostel Centennial tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hostel Centennial, Kampung Acheh, Manjung, Perak pada 10 Mac 2021 seperti yang dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan baki kes aktif di lokaliti itu menunjukkan trend penurunan, terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,551 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 463 kes positif telah dilaporkan,” katanya dalam sidang khas hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, seramai 269 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Daripada jumlah itu, 251 telah dikompaun dan 18 individu direman.

“Ops Benteng semalam juga telah berjaya menahan 29 orang pendatang asing tanpa izin, serta merampas empat buah bot juga kapal dan kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI