fbpx
ADIB Hareez (kiri), Abdullah Qayyum (tengah) dan Awal Mohd. Alfikri bakal menjadi taruhan pasukan Honda AFB Tech Racing pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia musim ini.

AFB Tech Racing sedia hadapi saingan Cub Prix Malaysia 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN Honda AFB Tech Racing melakukan persiapan terbaik apabila memperkenalkan dua pelumba berbakat pada perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang membuka tirai pada Mac ini.

Bekas pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Awal Mohd. Alfikri dipanggil untuk menyertai pasukan kendalian pelumba veteran negara, Ahmad Fuad Baharudin untuk bertanding dalam saingan CP125.

Pelumba muda kelahiran Melaka, Adib Hareez Hazwat yang menduduki tempat ke-6 keseluruhan dalam Cabaran Honda Dash 125 2020 akan membuat penampilan sulung bagi kategori Wira KBS.

Pada masa sama, AFB Tech turut mengekalkan pelumba­nya, Abdullah Qayyum, namun ditugaskan untuk beraksi dalam kelas lebih tinggi iaitu kategori CP125.

“Tahun lepas kita tidak mampu­ untuk mengekalkan aksi yang terbaik berikutan pandemik Covid-19 dan pasukan juga tidak mampu untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan. Sudah pasti ia sedikit sebanyak menjejaskan keputusan pasukan.

“Tahun ini kita melakukan perubahan dan membawa masuk pelumba muda berbakat. Saya harap satu hari nanti pelumba-pelumba ini mampu cemerlang dan meraih satu keputusan membanggakan,” katanya.

Walaupun barisan pelumba­ pasukan Honda AFB Tech ­Racing banyak berubah, namun pasukan kendalian ­Ahmad Fuad itu telah memutuskan untuk­ menggunakan corak warna­ identiti yang sama se­perti musim 2020.

“Tahun ini pasukan masih mengekalkan ‘livery’ yang sama sebab tahun lepas kita tidak puas lagi guna corak sama,” kata Ahmad Fuad.

POPULAR