fbpx

Mayat Nur Jannatul Alia ditemui 15 kilometer dari tempat berkelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Nur Jannatul Alia dijumpai terapung di permukaan sungai oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Selepas 40 jam hilang dihanyutkan arus Sungai Nenggiri, mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan terapung di tepi sungai Kampung Pulau Setelu di sini hari ini.

Mayat Nur Jannatul Alia Mohd. Zamri, 13, dijumpai oleh penduduk kampung pada pukul 9 pagi iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi mangsa berkelah bersama ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa yang masih lengkap berpakaian ditemui terapung di tepi sungai itu.

“Mayat mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung dan telah dibawa naik ke darat dengan bantuan pihak polis, JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada pagi ini.

“Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan kegembiraan 20 sekeluarga berkelah di tepi Sungai Nenggiri, Kampung Pulau Setelu bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri mati lemas sejak pukul 4 petang Jumaat.

Nur Jannatul Alia dihanyutkan arus deras apabila mandi di sungai kampung itu ketika ahli keluarga lain sedang menjamu selera.

Kakak mangsa, Nur Ain, 16, bersama sepupunya Nur Asma Kamaruddin, 14, sempat diselamatkan oleh datuk mereka ketika dihanyutkan arus sungai itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI