PILIHAN utama kejohanan badminton Terbuka Switzerland, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal meneruskan kemaraan apabila tersingkir di peringkat suku akhir malam kelmarin.
Beregu campuran profesional negara itu terpaksa melupakan hasrat untuk memenangi gelaran pertama tahun ini apabila tewas 21-14, 19-21, 15-21 kepada gandiĀngan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.
Liu Ying tanpa berselindung mengakui harapannya berkecai apabila ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu.
Pada masa sama, dia juga tidak menolak kemungkinan aksi mereka sudah tidak sama seperti lima tahun lalu ketika memenaĀngi pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016.
āYa, memang saya sangat kecewa dengan kekalahan ini keĀrana Terbuka Switzerland adalah salah satu peluang untuk kami kutip mata kelayakan yang maksimum untuk menempah slot ke Olimpik.
āSecara jujur, permainan kami banyak berbeza berbanding dahulu, mungkin sudah sedikit menurun. Bagaimanapun, kami akan bincang dengan jurulatih untuk memperbaikinya dan mengembalikan prestasi ke tahap terbaik,ā kataĀnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sementara itu, pemain berusia 32 tahun berkenaan berkata, aksi tersebut adalah pertemuan sulung dengan wakil Denmark yang berada pada ranking ke-18 dunia itu, sekali gus menyebabkan sukar untuk membaca permainan mereka.
āSebenarnya ini adalah pertemuan pertama kami menentang mereka, jadi kami tidak tahu bagaimana gaya permainan mereka. Saya akui kami ada lakukan beberapa kesilapan mudah yang menguntungkan mereka,ā ujarnya.
Peng Soon-Liu Ying kini memiliki masa lebih kurang seminggu untuk melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi kejohanan Seluruh England (All England) yang akan berlangsung di Birmingham 17 hingga 21 Mac ini.
















