fbpx

Azza pelaris fesyen muslimah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AZATHUL SYUHADAH tetap mementingkan pelajaran walaupun mempunyai masa depan yang cerah sebagai model dalam dunia fesyen.

Siapa sangka, hadir uji bakat pengambilan model secara suka-suka bagi mengisi masa lapang sewaktu cuti semester boleh menjadi sumber pendapatan buat Nur Azathul Syuhadah Ruzaimi, 28.

Selepas enam tahun, gadis yang mesra dengan panggilan Azza ini telah menjadi model kepada lebih 50 jenama tudung dan pakaian muslimah daripada pelbagai jenama pemborong dan nama-nama besar dalam industri fesyen muslimah.

Walaupun sudah berjaya, anak sulung daripada empat beradik itu masih mementingkan pendidikan untuk masa depan seseorang.

Kepada Kosmo! Ahad, Azza berkongsi pengalaman saat dia mula bertapak dalam dunia fe­syen dan perniagaan.

Kosmo! Ahad: Sejak bila dan bagaimana Azza mula menjadi model fesyen muslimah?
Nur Azathul Syuhadah: Sejak 2014. Ibu saya yang mencadangkan untuk pergi ke uji bakat pencarian model bagi mengisi masa lapang sepanjang cuti tersebut.
Saya mendapat pekerjaan pertama selepas menghantar gambar-gambar saya di sebuah syarikat.

Ada kerjaya lain selain daripada menjadi model?
Selain daripada menjadi mo­del, saya ada jalankan perniagaan menjual tudung dan stokin ta­ngan jenama sendiri. Pada mula­nya, saya dibantu oleh adik namun kini saya usahakan sendiri kerana dia mahu fokus dalam pelajaran.

Aktiviti masa lapang?
Saya suka mengkaji apa yang boleh saya lakukan untuk mengembangkan perniagaan. Saya banyak tengok usahawan-usahawan lain yang berjaya bagi mencari idea.

NUR AZATHUL SYUHADAH

Bagaimana Azza bahagikan masa sebagai model dan usahawan?
Buat masa sekarang, saya banyak lakukan kerja-kerja perniagaan seorang diri. Jadi, saya banyak juga curi masa siapkan bahan-bahan iklan, beri maklum balas pada pelanggan semasa sedang menjalani sesi penggambaran. Setiap kali selesai penggambaran, saya akan uruskan perniagaan pula.

Setakat ini Azza pernah jadi model untuk berapa jenama dan produk apa?
Kebanyakannya saya menjadi model tudung untuk jenama-jenama pemborong seperti te­lekung Siti Khadijah, tudung A­ryani dan Kekaboo.

Azza merupakan penuntut bidang kejururawatan, jadi bagaimana boleh terlibat dalam bidang peragaan?
Saya tidak merancang untuk tukar bidang pada awalnya. Semuanya bermula daripada kerja sambilan suka-suka yang dibuat semasa cuti semester. Bagaima­napun, sebaik sahaja tamat praktikal, saya terus menghadiri uji bakat pengambilan model dan menerima pelbagai tawaran.

Bagi Azza, penting atau tidak pencapaian akademik kepada seseorang walaupun telah dikenali di laman sosial?
Pendidikan memang sangat penting kerana itulah yang menentukan di mana tahap pemikiran seseorang itu berada. Dalam hidup ini pengalaman juga adalah sangat penting, tetapi ilmu juga yang menentukan sebanyak mana dan sejauh mana pengalaman seseorang.

Apakah pengalaman yang Azza tidak pernah lupa sepanjang terlibat dalam dunia peragaan?
Kenangan yang saya tidak boleh lupa ialah dari hari pertama saya terlibat dalam bidang ini, saya sentiasa ditemani ibu untuk pergi ke mana-mana sahaja menaiki pengangkutan awam. Rutin itu berulang hampir setiap hari, ibu akan menemani saya pergi ke set penggambaran. Tetapi kini, Alhamdulillah banyak perkara telah berubah.

Siapa yang men­jadi penyo­kong utama Az­za?
Keluarga, terutama sekali ibu yang memang sen­tiasa mene­mani saya dari awal lagi. Dia juga menjadi pengkritik tetap saya.

Bagai­mana Az­za be­kerja semasa penularan wabak Covid-19 ini?
Semasa mula-mula negara dilanda wabak Covid-19, memang agak terjejas. Tetapi saya mula buat penggambaran sendiri dari rumah untuk jenama orang lain dan juga perniagaan saya sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI