fbpx

Polis sahkan penahanan lelaki berkaitan pembakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEPANG – Polis mengesahkan seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki melakukan pembakaran terbuka di kawasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berusia 26 tahun itu kini direman selama empat hari bermula Jumaat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Daripada siasatan mendapati suspek bersama seorang lagi suspek dipercayai rakan sekerja bertindak membakar hutan disebabkan untuk pembersihan tanah bagi penanaman pokok.

” Bagaimanapun suspek itu berjaya melarikan diri,” katanya kepada Kosmo!.

Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata, aktiviti pekerja itu dikesan selepas menemui kawasan kebakaran baharu di kompartment 38 yang menyebabkan kejadian kebakaran seluas 2.43 hektar.

Selain itu, bomba juga mengesan satu lagi lokasi dengan insiden sama di Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara yang meliputi 4.05 hektar.

Norazam turut menjangkakan kebakaran di kawasan tanah gambut itu dapat dipadamkan sepenuhnya lima hari lagi.

Setakat Khamis, bomba telah berjaya memadamkan 60 peratus kebakaran di kawasan tanah gambut di pinggir hutan simpan tersebut, sejak ia mula merebak hujung bulan lalu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI