fbpx

Khidmat dron kurier akan diperkenalkan di bandar utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (tengah) melihat dron yang diuji untuk digunakan dalam perkhidmatan penghantaran barang di Cyberjaya hari ini.-Foto Ihsan MOSTI

CYBERJAYA – Khidmat penghantaran kurier dan barangan menggunakan dron bakal dilaksanakan di bandar-bandar utama tidak lama lagi.

Bagi memastikan ia dapat direalisasikan, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) menjalinkan kerjasama dengan cabang logistik AirAsia Digital, Teleport.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, MaGIC, selaku Sekretariat Utama Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) melancarkan Sandbox penghantaran melalui dron di kawasan bandar dan ia kini di peringkat ujian.

Beliau berkata, projek perintis untuk perkhidmatan penghantaran pesanan dari platform e-dagang AirAsia termasuk AirAsia Shop menggunakan dron automatik itu akan dilaksanakan melalui pendekatan bertahap selama enam bulan di tapak ujian NTIS ketiga di Cyberjaya.

“Perkhidmatan ini masih dalam peringkat ujian oleh dua pengendali dron tempatan VStream Revolution Sdn. Bhd. dan Meraque Services Sdn. Bhd.

“Fasa pertama projek di Cyberjaya ini bertujuan untuk menilai keupayaan, pengalaman, proses
kelulusan, kesediaan dron dan pengembangan perkhidmatan oleh pengendali dron,” katanya menerusi kenyataan di Facebook MOSTI.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI