fbpx

Bakal ibu sarat hamil maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Wira yang terlibat kemalangan meragut nyawa Nurul Surianie di KM 55, Jala Penarik - Mangkuk berhampiran Kampung Bari Kecil dekat Setiu hari ini.

SETIU – Keriangan seorang bakal ibu yang sarat hamil tujuh bulan bersiar-siar ke bandar raya Kuala Terengganu berakhir dengan tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 55 Jalan Penarik – Mangkuk berhampiran Kampung Bari Kecil hari ini.

Mangsa, Nurul Surianie Zahazani, 25, yang juga peniaga online sambilan maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan setelah kereta Proton Wira dinaikinya hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh sebatang pokok pada pukul 2.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, suaminya mangsa, Muhammad Shafiq Shahrizan Mazlan, 25, yang memandu kereta itu pula cedera parah di bahagian kepala.

“Sewaktu kejadian, pasangan suami isteri yang berkahwin pada Ogos tahun lalu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Mangkuk dekat sini setelah bersiar-siar di bandar raya Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang mereka naiki dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan,” katanya di sini hari ini.

Afandi berkata, Nurul Surianie yang sarat hamil anak sulung telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Tambah beliau, mayat wanita itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI