fbpx

Faiz Subri sah milik KKFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faiz Subri (tengah) bersama Adi Putra (kanan) selaku penaja utama selepas menandatangani kontrak bersama pasukan KKFC di Kuala Kangsar hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

KUALA KANGSAR – Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd. Faiz Subri akhirnya sah menjadi milik pasukan Kuala Kangsar FC (KKFC) yang akan bersaing dalam Liga M3 musim 2021.

Majlis menandatangani kontrak pemain itu diadakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar di sini malam ini.

Pemain berusia 33 tahun berasal dari Kedah itu menyertai KKFC kerana menerima tawaran dari kelab itu selain ingin beraksi dalam kancah Liga M.

“Saya sedar tekanan yang saya pikul kerana pasti akan menjadi sandaran rakan sepasukan.

“Apapun saya akan buat yang terbaik untuk membalas kepercayaan pegawai pasukan terhadap saya, “kata Faiz dalam sidang akhbar pada majlis menandatangani kontrak sebagai pemain KKFC di sini malam ini.

Menurut pemain itu, matlamatnya ialah membantu KKFC layak ke Liga Perdana musim hadapan.

Sementara itu, pengurus Pengurus KKFC, Datuk Shaharol Asafali berkata, pengambilan Faiz diharap dapat meningkatkan kemampuan pasukan.

“Dengan pengalaman luas mewakili pasukan-pasukan Liga-M dia sudah pasti akan menjadi pembimbing dan semangat kepada pasukan .

Shaharol berkata, penampilan pasukan itu bukan bukan melepaskan batuk di tangga kerana KKFC serius mahu membuat impak dalam Liga-M.

“Matlamat kami ialah untuk membanggakan warga Kuala Kangsar dengan membawa pasukan bertanding dalam Liga Super satu hari nanti,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI