fbpx
HUNGARY menamatkan penantian selama 60 tahun untuk mencatat kemenangan ke atas England pada aksi Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam. – AFP

Hungary tamatkan kemarau 60 tahun benam England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST – Jaringan tunggal Dominik Szoboszlai menerusi sepakan penalti memastikan kejutan dicipta Hungary apabila menewaskan England 1-0 dan saingan Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam.

Tiga mata yang diraih itu adalah kemenangan pertama Hungary ke atas England dalam tempoh 60 tahun dan kegagalan itu nyata memberi tamparan hebat buat The Three Lions yang kini dalam persiapan ke Piala Dunia.

“Kami akan mengharungi satu lagi perlawanan besar. Kami perlu lihat semula kepada prestasi pada perlawanan ini dan belajar sesuatu dengan lebih cepat.

“Saya fikir kami bermula de­ngan baik, namun apa yang berlaku sekarang memaksa kami menilai semula permainan dan kembali mempamerkan kebangkitan. Kami perlu lihat prestasi sendiri dan cara bagaimana kami perlu maju ke depan kerana ia adalah perlawanan besar buat kami,” kata pertahanan England, Conor Coady.

Selepas ini, England akan berdepan tugas lebih getir apabila dijadual bertemu Jerman, manakala Hungary akan menentang juara Eropah, Itali.

Perlawanan awal pagi semalam terpaksa dijalankan secara tertutup ekoran tindakan disiplin yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana isu perkauman dibangkitkan penyokong Hungary pada aksi sebelum ini.

Di bawah Artikel 73 Peraturan UEFA, hanya kanak-kanak berumur bawah 14 tahun atau pemain daripada akademi yang boleh menghadiri perlawanan secara percuma bersama penjaga ma­sing-masing.

Bagaimanapun, kehadiran penyokong cilik yang hanya membabitkan separuh kapasiti Puskas Arena memaksa pemain England berdepan situasi perit apabila masih menerima ejekan daripada penonton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN