fbpx

246 individu ditahan ingkar arahan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 246 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 234 individu dikompaun manakala 12 lagi direman.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah, tidak memakai pelitup muka (55), tiada penjarakan fizikal (29) serta rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (37).

“Kesalahan lain pula adalah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (94), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (13), aktiviti pusat hiburan (16) dan lain-lain kesalahan (2),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 73,659 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Dalam pada itu, katanya, Operasi Benteng turut berjaya menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas dua buah kenderaan darat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI