fbpx
Gambar hiasan.

Sekolah Selangor bakal dapat pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan Selangor mempertimbangkan untuk mengedarkan pelitup muka jenis kain secara percuma kepada pelajar sekolah susulan situasi jerebu yang dijangka berlarutan hingga Oktober ini.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, perkara itu sedang dibincangkan pada peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dilaksanakan secara sekali beri dan diedarkan berperingkat.

“Antara cadangannya ialah kita buat satu program secara one-off dengan mengedarkan topeng muka kain yang boleh dicuci dan dipakai semula,” katanya pada majlis pelancaran inisiatif Hab Rakan Sokongan dan Talian Belia Sehat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jamaliah berkata kualiti udara di negeri itu dijangka bertambah baik dalam beberapa hari akan datang, dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap sederhana atau baik berbanding minggu lepas.

Setakat pagi tadi, enam kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tahap tidak sihat dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi iaitu 196, diikuti Shah Alam (171), Banting (166), Petaling Jaya (163), Klang (160) dan Kuala Selangor (143). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN