fbpx

Soyu sedar perlu sayangi diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOYU

TIDAK dinafikan, khalayak sebenarnya berdepan dengan kesukaran mengatakan ‘tidak’ kepada orang lain.

Itulah yang pernah dihadapi penyanyi Soyu yang mengakui sebelum ini dia seorang yang sangat sukar menolak permintaan atau mengatakan tidak kepada orang lain.

Bagaimanapun, dia kini sudah belajar untuk mendahulukan diri sendiri berbanding untuk memuaskan hati semua orang.

“Saya ambil keputusan untuk bersuara dan sayangi diri sendiri dengan lebih berbanding semua orang atau perkara lain,” katanya.

Sebagai contoh, anggota kumpulan Sistar itu menggunakan saluran YouTube sebagai medium mengenal diri dan mengekspresi perasaan sendiri.

“Dahulu saya selalu dengar orang kata, saya nampak sangat berbeza daripada apa yang mereka lihat dalam program televisyen.

“Saya mengaku, apa yang ditonjolkan dalam televisyen ialah sebahagian daripada sisi sebenar saya tetapi semua itu tidak memaparkan keupayaan sebenar seseorang.

“Sebab itu saya gunakan platform YouTube untuk menonjolkan keperibadian sebenar saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI