fbpx

Masih ramai rakyat Malaysia belum daftar vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah rakyat Malaysia yang mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19 masih lagi kecil jika dibandingkan dengan populasi rakyat Malaysia yang
keseluruhannya menghampiri jumlah 33 juta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga hari ini, hanya 1,909,585 rakyat Malaysia telah mendaftar bagi menerima vaksin tersebut.

“Pengambilan vaksin ini penting kerana tidak mustahil seluruh negara akan menjadikan pengambilan vaksin ini sebagai salah satu syarat wajib bagi mengunjungi negara mereka.

“Difahamkan, Kerajaan Arab Saudi juga dijangka akan mengenakan syarat vaksin ke atas bakal jemaah haji dan umrah tahun ini,” katanya dalam sidang khas hari ini.

Katanya, difahamkan, kerajaan Arab Saudi juga dijangka akan mengenakan syarat vaksin ke atas bakal jemaah haji dan umrah tahun ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, selain MySejahtera, pendaftaran juga boleh dibuat menerusi lawan web www.vaksincovid.gov.my.

“Pendaftaran juga boleh dibuat terus ke hospital dan klinik kesihatan awam berdekatan yang akan mula dibuka esok, 5 Mac 2021 atau melalui talian hotline
yang bakal diumumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam masa terdekat,” jelasnya.

Terdahulu, bekalan pertama vaksin Pfizer-BioNTech melibatkan 312,390 dos tiba pada 21 Februari 2021 sekali gus membuka jalan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama yang telah bermula pada 26 Februari 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI