fbpx

Lapan kapal, 104 kru ditahan bersauh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kapal asing yang ditahan APMM Johor selepas bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, Johor dalam operasi sejak seminggu lalu.

JOHOR BAHRU – Seramai 104 kru daripada lapan buah kapal asing ditahan Maritim Malaysia (APMM) selepas disyaki bersauh di perairan Johor Timur tanpa kebenaran.

Pengarah APMM negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal asing tersebut ditahan menerusi operasi yang dijalankan bermula 26 Februari lalu sehingga hari ini.

Menurutnya, operasi dijalankan susulan laporan diterima daripada Lembaga Pelabuhan Johor dan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan.

“Kesemua kapal yang ditahan berdaftar di luar negara dan melibatkan seramai 104 kru yang berusia antara 26 hingga 59 tahun.

“Mereka terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India serta Georgia dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lapan kapal ini mendapati kesemua nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh oleh Pengarah Laut Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Hizam berkata, kapal berkenaan ditahan untuk disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI