fbpx

Eugene hampir tolak tawaran Penthouse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EUGENE

PELAKON Eugene berkongsi pendedahan sebenar tentang penglibatannya dalam drama fenomena The Penthouse: War In Life yang kini sudah memasuki musim kedua.

Musim pertama yang ditayangkan tahun lalu merupakan penampilan terkini Eugene dalam lakonan selepas lima tahun berehat.

Dedahnya, dia pernah berasa bimbang sekiranya kemunculan semula dalam industri tidak berjaya.

“Pejam celik, lima tahun sudah berlalu. Bagi seorang pelakon, tempoh lima tahun sangat panjang,” katanya.

Isteri kepada aktor Ki Tae-young itu juga mendedahkan dia hampir menolak tawaran membintangi drama berkenaan.

“Saya perlukan masa sebelum benar-benar bersetuju untuk memainkan watak Oh Yoon-hee.

“Sebab naskhah tersebut sangat berbeza dan watak Yoon-hee juga sangat sarat dengan emosi. Tetapi semua orang kata saya boleh lakukannya,” ujar Eugene.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI