fbpx
KEHARMONIAN rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof digugat dengan kehadiran akaun palsu yang mengintip aktiviti harian mereka dalam media sosial.

Cipta akaun palsu nak pisahkan Puteri Sarah, Syamsul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keharmonian yang kembali terjalin antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof ternyata tidak disenangi semua pihak.

Menurut Sarah, ada sahaja pihak yang tergamak mencipta akaun palsu semata-mata ingin mengintip aktiviti harian dia dan suami seolah-olah tidak senang melihat mereka sudah berbaik semula.

Sarah, 35, memaklumkan, terdapat individu tidak dikenali berkenaan sering mengganggunya dan keluarga di sosial media.

“Selamat pagi stalker, mesti hari-hari awak ingat saya kan? Setiap hari awak intip saya, tahu aktiviti saya, okay stalk la.

“Instagram saya tak private pun, maaf saya terlalu sibuk dengan keluarga, dengan kerja, dengan perniagaan. Saya tak ada masa untuk buat benda lain tak macam awak.

“Sampai terpaksa buat akaun palsu untuk kacau saya. Dah 2021, terimalah kalau buat jahat Allah takkan izinkan awak menang, Allah tak tidur. Memang tak tenang ya tengok dah berbaik?” katanya menerusi Instastory.

Sarah bagaimanapun tidak mendedahkan siapa individu yang melakukan tindakan tidak bermoral itu.

Bukan dia sahaja yang diganggu, Sarah memberitahu ahli keluarga dan rakan-rakannya turut menerima nasib yang sama.

Justeru itu, dia meminta individu berkenaan muhasabah diri dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

“Lepas tu kacau kakak ipar saya, kacau kawan-kawan saya, kacau stokis (perniagaan) saya. Malah ibu mentua pun awak menggila kacau.

“Nak kena buat laporan polis lagi ke awak ni? Tolong jaga maruah tu sikit. Tolong pergi berubat, teruk sangat dah awak ni.

“Kalau awak rasa tak tenang, selalulah tahajud dan solat taubat. Insya-Allah rasa berdosa yang menebal dalam diri tu akan terhapus sedikit demi sedikit. Hidup pun tenang. Tak adalah rasa insecure 24 jam,” ujarnya.

Sarah pada Januari lalu mendedahkan, dia mendapat banyak komen dan mesej peribadi (DM) daripada individu tidak dikenali dengan menggunakan akaun berbeza.s

Justeru, Sarah tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu yang melakukan provokasi dan memanipulasi isu masalah rumah tangganya dengan suami.

Kisah kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul Yusof mula jadi perhatian selepas Sarah didakwa sudah ke pejabat agama pada 20 September lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN