fbpx

Ahmad Tajudin dilantik Pengerusi Wasiyyah Shoppe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wa­siyyah Shoppe Bhd. (Wasiyyah Shoppe) telah melantik Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman sebagai pengerusi lembaga pengarahnya yang baharu berkuatkuasa 2 Februari lalu.

Pelantikan beliau dibuat susulan persaraan pengerusi syarikat sebelum ini, Datuk Ahmad Khairummuzammil Mohd. Yusof pada Disember 2020.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ahmad Tajudin yang berpengalaman selama 27 tahun dalam sektor perbankan telah memulakan kerjayanya di Bank Bumiputera Malaysia Bhd. Malaysia pada 1971.

Jawatan terakhirnya ialah Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Bhd. sebelum bersara pada 1998.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dari tahun 1998 sehingga 2013.

“Kepakaran dan pengalaman beliau sebagai salah seorang pelopor perbankan Islam di Malaysia diiktiraf apabila beliau dilantik sebagai ahli Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dari 2016 sehingga 2020,” jelasnya.

Selain itu, Wasiyyah Shoppe juga mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarahnya yang baharu iaitu Tan Sri Wira Aziah Ali berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Beliau berpengalaman luas selama 40 tahun dalam per­khidmatan perundangan dan kehakiman Malaysia.

Aziah yang telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia di pelbagai jawatan perundangan dan kehakiman bermula dari tanggungjawab sebagai Penasihat undang-undang, Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Hakim Mahkamah Rayuan sehinggalah memegang tanggungjawab sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum bersara pada 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI