fbpx
Polis memburu (dari kiri) Razali, Hafis Fareza dan Zulfikar bagi siasatan lanjut berhubung rampasan dadah bernilai RM22.46 juta di Bukit Mertajam, Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki Aceh diburu kes dadah RM22.46 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Polis memburu seorang lagi lelaki warga Indonesia berhubung kes sindiket pengedaran dadah bernilai RM22.46 juta yang dilumpuhkan oleh dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Juru Sentral, Bukit Mertajam di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, polis sedang memburu suspek berasal dari Aceh itu dikenali sebagai Razali berusia 37 tahun.

“Suspek merupak penyewa rumah di mana barang kes dadah dijumpai iaitu di Kondominium Sentral, Jalan Juru Sentral.

“Oleh itu, penemuan suspek ini adalah amat penting bagi melengkapkan siasatan kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sity Najwa Mohd. Abd. Latif di talian 010-2882 662.

Terdahulu polis turut memburu dua suspek yang meloloskan diri ketika serbuan berkenaan iaitu lelaki dari Aceh dikenal pasti sebagai Hafis Fareza, 21, dan Zulfikar, 32.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas dua anggota URB mengesan tiga lelaki sedang memindahkan dadah syabu dari sebuah lori ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda BRV di Juru Sentral Khamis lalu.

Seorang suspek berusia 23 tahun berjaya ditahan dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, manakala dua lagi berjaya melarikan diri.

Susulan tangkapan itu, polis menemui 601 bungkus syabu seberat 623.76 kilogram bernilai RM22.46 juta. – K! ONLINE.

POPULAR