fbpx

Penerima hati pertama negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Afiq meninggal dunia selepas 18 hari bertarung nyawa di Hospital Selayang di sini hari ini.

PETALING JAYA – Mohd. Afiq Iqmal, 23, yang juga penerima hati pertama negara meninggal dunia selepas 18 hari bertarung nyawa di Hospital Selayang di sini hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail kepada Kosmo! sebentar tadi.

Wan Mohd. Hafizam yang juga penderma hati pertama negara berkata, dia mengetahui mengenai pemergian arwah selepas dihubungi oleh ahli keluarga Afiq.

“Saya menerima panggilan dari ahli keluarga Afiq kira-kira pukul 5 pagi. Saya amat sedih dengan berita ini dan hanya doa yang mampu saya berikan.

“Jenazah arwah kini berada di unit forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut Wan Mohd. Hafizam, jenazah dijadualkan di bawa ke Tikam Batu, Kedah hari ini untuk urusan pengebumian.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, Afiq Iqmal berada dalam keadaan kritikal selepas tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati pada 13 Februari lalu.

Kisah dua individu itu pernah menggemparkan seluruh tanah air pada 23 tahun lalu selepas Wan Mohd. Hafizam mendermakan sebahagian hatinya kepada Afiq Iqmal yang berusia 14 bulan ketika itu walaupun tiada pertalian darah antara mereka. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI