fbpx

‘Influencer’, rakan rentas negeri selesai beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar majlis perkahwinan di Kelantan yang dimuat naik oleh ‘influencer’ menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

KOTA BHARU – Polis sudah mengambil keterangan 11 individu termasuk beberapa orang influencer yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di sini baru- baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pasangan pengantin dan juga ahli keluarga mereka.

“Kita juga berjaya mengesan dan memanggil rakan pasangan pengantin terbabit yang berada di Kuala Lumpur untuk diambil keterangan pada minggu lalu.

“Semua 11 individu terbabit sudah selesai memberi keterangan. Sehubungan dengan itu, kertas siasatan berhubung kes ini akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas beliau selesai disuntik vaksin Covid-19 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di Instagram apabila beberapa ‘influencer’ telah memuat naik gambar dan video perjalanan mereka merentas negeri secara beramai-ramai dari ibu negara untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kelantan.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI