fbpx

Empat kawasan Selangor catat IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sekitar Kampung Johan Setia, Klang dengan bacaan IPU pada paras 189, pukul 12 tengah hari. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Empat kawasan di sekitar Selangor mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 12 tengah hari ini.

Berdasarkan semakan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan Johan Setia merekodkan bacaan IPU paling tinggi iaitu 189 dan diikuti Banting dengan 166.

Dua lagi kawasan adalah Petaling Jaya mencatatkan 137 dan Klang (119).

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon memaklumkan siasatan awal mendapati peningkatan IPU tidak sihat di Selangor disebabkan kebakaran tempatan.

“Sekiranya jerebu berpunca daripada negara jiran akan memberikan kesan terhadap IPU tidak sihat di Melaka dan Pulau Pinang,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI