fbpx

[VIDEO] Bapa akan sampaikan ‘hajat’ Mohd. Afiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penderma hati, Wan Mohd. Hafizam pada majlis pengebumian Allahyarham Mohd. Ikmal di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Barakah, Tikam Batu petang ini.

SUNGAI PETANI- Bapa Mohd. Afiq Ikmal, Muhamad Zaini Rahim, terkilan kerana anaknya tidak sempat memberikan hadiah kepada doktor dan jururawat yang merawatnya di hospital itu sejak 13 Februari lalu.

Menurutnya, arwah telah buat tempahan 35 kotak hadiah untuk disampaikan sendiri kepada petugas berkenaan pada bulan ini tetapi hajatnya itu tidak kesampaian.

“Insya-Allah saya sekeluarga akan menyempurnakan hajatnya itu,” katanya katanya ketika ditemui di rumah datuk Allahyarham Mohd. Afiq Ikmal di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaini, 50, dia sedih dengan kematian anak sulungnya itu kerana sebelum itu arwah memandangnya dengan sayu tetapi tidak boleh bercakap.

“Arwah solah-olah mahu berbisik sesuatu kepada saya sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

“Saya bersyukur kerana sempat bersama arwah semasa dia menghembuskan nafas terakhirnya,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI