fbpx

Polis pantau sekolah bantu lancarkan sesi persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Anggota trafik dan kereta unit peronda (MPV) ditempatkan di beberapa sekolah di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) bagi melancarkan aliran trafik hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemantauan dilakukan bagi mengurangkan kesesakan di kawasan sekolah yang berhampiran dengan jalan raya.

“Kita mahu para pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan sosial sebelum masuk ke kawasan sekolah untuk mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit.

“Selain itu, Pegawai-pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah ini turut mengawal kawasan luar sekolah dalam memastikan setiap pelajar bebas daripada sebarang risiko Covid-19,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan pematuhan SOP di Sekolah Kebangsaan Penaga, Kepala Batas di sini.

Seramai 64 PPS ditempatkan di seluruh sekolah kebangsaan yang mula dibuka khusus buat murid pra sekolah, Tahun Satu dan Dua hari ini.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Norazmarini Sobri,34, menarik nafas lega apabila anaknya, Nur Azzalea Zulkifli,6 memulakan sesi pra sekolah hari ini.

“Sebelum ini, memang susah sedikit sebab kelas dibuat menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Dia pun teruja untuk ke sekolah dan berjumpa dengan kawan-kawan lain.

“Walaupun ada rasa risau sedikit, tetapi saya percaya dengan kecekapan pihak sekolah mengendalikan murid-murid,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI