fbpx

540,473 pekerja asing telah jalani ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 540,473 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak ujian saringan itu diwajibkan ke atas mereka bermula 1 Februari lalu.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 8,710 daripada mereka disahkan positif Covid-19, manakala 531,763 lagi negatif.

“Semalam sahaja seramai 10,963 warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 dan 31 didapati positif.

“Secara kumulatif seramai 540,473 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan yang melibatkan 28,194 majikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, seramai 611 individu ditahan kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) semalam.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 584 individu dikompaun, manakala 27 lagi direman diatas pelbagai kesalahan.

Kata beliau, kesalahan dilakukan tiada penjarakan fizikal (169), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (122) dan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (91).

Kesalahan lain tidak pakai pelitup muka (90), aktiviti sukan (40), aktiviti pusat hiburan (32), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (30), keluar rumah tanpa alasan munasabah (25) dan lain-lain (12).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di tiga buah kawasan sebelum ini ditamatkan esok.

Kawasan terbabit adalah Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangannya di Melaka serta Kampung Sungai Maong di Kuching dan Taman Univista di Kota Samarahan, Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan terhadap daerah Nabawan, Sabah bermula 3 sehingga 16 Mac ini disebabkan berlaku peningkatan kes Covid-19.

“PKPD pula di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang bermula 2 sehingga 15 Mac 2021,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI