fbpx

‘Ubi muda’ Kedah akui sengit rebut kesebelasan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIMAN Afif mahu mengambil peluang pada aksi persahabatan untuk membuktikan kemampuan dalam usaha memikat hati jurulatih, Aidil. – KEDAH DARUL AMAN FC

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

AKSI pemanas badan dalam lima perlawanan persahabatan skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum aksi Liga Malaysia (Liga M) bermula menjadi medan buat para pemain muda untuk mengetengahkan kemampuan masing-masing.

Pemain-pemain muda itu mahu mengambil peluang tersebut bagi membuktikan kemampuan mereka dalam usaha memikat hati jurulatih, Aidil Sharin Sahak agar nama mereka disenaraikan pada setiap perlawanan.

Pemain tengah berpotensi, Mohd. Aiman Afif Md. Afizul berkata, saingan untuk mendapatkan tempat dalam
kesebelasan utama cukup sengit ketika KDA FC rata-ratanya dibarisi pemain cukup berpengalaman.

“Namun di sebalik persaingan itu, ada dalam kalangan pemain senior yang banyak berkongsi pengalaman dan ilmu berguna untuk para pemain muda demi kebaikan pasukan.

“Persaingan untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama cukup sengit, namun itu merupakan motivasi buat kami berusaha lebih gigih. Saya fikir perlawanan persahabatan diatur kali ini banyak memberi ruang kepada kami untuk menunjukkan kemampuan sebenar kepada Aidil,” katanya.

Lima perlawanan persahabatan yang diatur sebagai persiapan musim ini melibatkan dua pertemuan menentang Penang FC sebelum KDA FC berkunjung ke Lembang Klang bagi berdepan Selangor 2, Projek FAM-MSN dan Sarawak United.

Setakat empat perlawanan dilalui, KDA FC telah mencatat dua kemenangan iaitu ke atas Selangor 2 dan Projek FAM-MSN serta satu seri dan satu kalah dalam dua pertemuan menentang Penang FC.

Sementara itu, seorang lagi pemain tengah, Tam Sheang Tsung berpandangan, pasukan KDA FC kini berada di landasan tepat untuk menampilkan aksi terbaik bagi menghadapi saingan liga musim ini.

“Kami menampilkan aksi lebih baik dalam setiap perlawanan dilalui. Segala tunjuk ajar jurulatih tampak dilaksanakan dengan baik oleh para pemain.

“Kalau kita teruskan begini, saya yakin pasukan ini serta para pemain secara individu akan berkembang lebih cepat. Jadual musim ini tampak padat tetapi kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan para penyokong dapat berbangga dengan pasukan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI