fbpx

Rara sudah bertunang dengan jejaka pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR majlis pertunangan Rara yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam.

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman semalam telah mengikat tali pertunangan semalam dengan jejaka pilihannya dikenali sebagai, Edrin Furtado.

Menerusi perkongsian di laman akaun Instagram miliknya, Rara, 31, telah memuat naik dia keping gambar bersama jejaka pilihannya itu serta gambar semasa majlis pertunanangan.

Pada hantaran itu juga, Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan turut meninggalkan kapsyen “Alhamdulillah” dan sehingga pukul 4.30 petang tadi lebih 890 pengikutnya meninggalkan komen di Instagram.

Beliau kemudiannya membalas komen pengikutnya dan berterima kasih kepada semua yang mengutuskan ucapan tahniah kepadanya.

GAMBAR Syefure (kanan) dan tunangnya Edrin (kiri).

“Terima kasih semua!. Maaf tak dapat nak balas satu-satu. Doakan semoga majlis pernikahan nanti berlangsung dengan sempurna. InsyaAllah.” katanya.

Rara pada awal tahun ini dilaporkan mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka namun menafikan akan mengadakan majlis ijab kabul dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Rara sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Masyur, seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016 namun pasangan tersebut bercerai talak satu pada 7 Mac 2019.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI