fbpx
Sultan Ibrahim.

Johor bakal jadi pengeluar tenaga solar utama Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Johor bakal menjadi pengeluar utama tenaga solar di rantau Asia Tenggara dengan pembukaan Taman Solar Sultan Ibrahim di Pengerang, Kota Tinggi dekat sini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, projek bernilai RM1.4 billion itu akan menjadi yang terbesar di Asia Tenggara.

Titah baginda, projek berkapasiti 450 megawatt (MW) adalah projek pelaburan swasta berskala besar pertama diperolehi Johor bagi tahun 2021.

“Projek ini akan memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.

“Projek ini bukan sahaja berupa meningkatkan pertumbuhan ekonomi, malah berupaya menjadikan Johor antara pengeluar penting tenaga boleh diperbaharui secara mesra alam di peringkat antarabangsa,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook milik baginda.

Projek berkenaan juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat.

Kenyataan itu turut memaklumkan Sultan Ibrahim turut berkenan untuk menyempurnakan majlis pecah tanah Taman Solar Sultan Ibrahim pada 23 Mac ini, di tapak projek di Pengerang.

Baginda turut bertitah, keupayaan pengoperasian projek berkenaan secara tidak langsung akan menjadikan Johor sebagai pengeluar utama tenaga solar berskala besar yang turut menitikberatkan kelestarian serta persekitaran hijau yang lebih bersih.-K! ONLINE

POPULAR