fbpx

Cecair vape bernilai RM422,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cecair vape boleh hadir dalam pelbagai perisa. - Gambar hiasan

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 merampas cecair vape bernilai RM422,000 yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran di pangkalan haram Kampung Kubang Rambutan di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, anggota PGA melihat timbunan kotak yang berada di dalam semak sewaktu melakukan rondaan rutin kira-kira pukul 7 petang di kawasan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kotak-kotak itu telah menemui sebanyak 2,850 botol plastik berisi cecair vape 60 milimiter (ml).

“Selain itu, kita turut menjumpai 230 botol cecair vape berisipadu 30 ml di dalam kotak itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad memberitahu, semua rampasan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952.

Dalam perkembangan lain, PGA turut menahan seorang lelaki dan merampas sembilan botol air ketum di Kampung Palekbang, Tumpat pada pukul 1 pagi tadi.

Menurut Muhammad, pihaknya turut menemui sebanyak 3,200 batang rokok putih seludup di dalam kereta milik suspek.

“Selang beberapa jam kemudian, kita berjaya merampas pelbagai jenis beras seludup bernilai RM9,240 di Kampung Pohon Tanjung, Pasir Mas.

“Serbuan pada pukul 6.30 pagi itu hasil daripada rondaan rutin yang dilakukan menerusi Op Benteng Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI