fbpx

Pengenalan varieti baharu tingkat hasil padi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (tengah) ketika melancarkan varieti baharu padi keluaran MARDI, MR315 dan MRQ104 di Kepala Batas hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Pengenalan dua varieti padi baharu dijangka dapat meningkatkan hasil padi negara kepada sembilan metrik tan per hektar tidak lama lagi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pada masa yang sama, bekalan untuk tabung makanan negara ketika ini juga dapat ditingkatkan menerusi pengenalan varieti berkenaan.

“Varieti pertama iaitu MR315 atau diberi nama Seri Waja itu diperkenalkan untuk memberi kepelbagaian kepada genetik padi selain menawarkan lebih pilihan kepada pesawah ketika ini.

“Sementara itu, varieti MRQ 104 atau Kembangsari pula dihasilkan untuk membuka pasaran beras wangi tempatan secara lebih meluas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan varieti baharu padi keluaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) iaitu MR315 dan MRQ104 di pejabat Mardi Seberang Perai di Kepala Batas di sini.

Difahamkan, kedua-dua varieti itu dihasilkan selepas satu kajian selama lebih 10 tahun dijalankan bagi memastikan padi tersebut tahan penyakit selain sesuai dengan tanah dan iklim tempatan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI