fbpx

Kes cabul, Him-chan dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM HIM-CHAN

BEKAS anggota kumpulan B.A.P, Kim Him-chan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan atas kesalahan mencabul seorang wanita beberapa tahun lalu.

Menerusi laporan Kpopstarz, Hakim Kanan di Mahkamah Pusat Seoul, Chung Sung-wan menjatuhkan hukuman tersebut pada Rabu lalu.

Mahkamah turut memerintahkan penyanyi berusia 31 tahun itu menyelesaikan program pemulihan keganasan seksual mandatori selama 40 jam.

“Pihak defendan menafikan tuduhan, tetapi bukti yang diberikan mangsa boleh dipercayai serta menyokong dakwaan tersebut.

“Dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan,” kata hakim.

Terdahulu, pada Julai 2018, Him-chan didakwa telah menganiaya dan memaksa seorang wanita yang pada ketika itu berusia 20 tahun melakukan hubungan seks dengannya.

Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Gyeonggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI