fbpx

12,000 mangsa banjir Terengganu terima bantuan RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri menyerahkan bantuan RM500 kepada salah seorang mangsa banjir di Dewan Berlian di Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Lebih 12,000 keluarga yang menjadi mangsa banjir di Terengganu pada musim tengkujuh baru-baru ini menerima bantuan RM500 daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan kewangan itu akan disalurkan secara berperingkat mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan RM6.4 juta bagi penyaluran bantuan kepada lebih 12,000 isi rumah yang terlibat dengan bencana banjir berkenaan.

“Bantuan banjir ini baru diagihkan kerana kebiasaannya monsun Timur Laut akan berakhir selepas (sambutan) Chap Goh Meh,” katanya selepas menyampaikan bantuan banjir berkenaan kepada mangsa banjir Kemaman di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, mangsa banjir negeri juga bakal menerima pelbagai bantuan lain yang sebahagiannya sedang diuruskan wakil rakyat di DUN masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI