fbpx

Sindiket edar dadah di Perak tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (dua kiri) bersama sebahagian daripada 22.24 kg dadah yang dirampas ketika sidang akhbar hari ini. /Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Polis Perak berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah setelah menahan tiga lelaki dan merampas 22.24 kilogram (kg) dadah bernilai RM866,577 dalam tiga kes berasingan di Kamunting, Ipoh dan perairan Pangkor.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam tangkapan pukul 1 pagi di sebuah rumah di Kampung Baru di Kamunting kelmarin oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping itu, dua lelaki berusia 35 dan 26 tahun berjaya diberkas.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas 110 peket plastik lutsinar dadah jenis heroin seberat 240 gram dan 6.77 gram syabu dengan nilai pasaran berjumlah RM9,077,” katanya.

Menurut beliau, tangkapan kedua pada pukul 4 petang hari yang sama di kawasan Lapangan Symphony Business Park di Ipoh, pasukan JSJN IPK Perak telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang sedang menunggang motosikal.

“Ketika ditangkap suspek cuba melarikan diri namun cubaannya itu gagal. Pemeriksaan menjumpai 10 peket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin  seberat 4.5 kg yang dianggarkan bernilai RM157,500,” ujarnya ketika sidang akhbar di IPK Perak di sini hari ini.

Tambah beliau, dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 17.5 kg turut dijumpai terapung di perairan Pangkor pada pukul 9.45 pagi, semalam.

“Dadah yang diisi dalam guni itu dijumpai terapung oleh nelayan sebelum menghubungi polis.

“Pemeriksaan mendapati, terdapat 20 bungkus plastik serbuk teh dalam guni tersebut di mana daripada jumlah itu, 17 bungkusan mengandungi dadah manakala selebihnya telah rosak kerana terendam dalam air. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM700,000,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI