fbpx

Penghuni flat terbakar sempat lari keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan api di kediaman mangsa, aras satu, Flat Batu Lanchang, Jelutong di sini tadi.

GEORGE TOWN – Sebuah keluarga sempat berlari menyelamat diri setelah kediaman mereka di aras satu, Blok 94, Flat Batu Lanchang, Jelutong di sini hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Mereka dipercayai terdiri empat beranak dikatakan pantas meninggalkan kediaman sejurus dimaklumkan mengenai kepulan asap dari dalam rumah tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari jiran yang tinggal di belakang dan di tepi kediaman mangsa terbabit.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Fadzil Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 6.45 petang dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran berlaku melibatkan rumah Kelas A dengan anggaran peratusan kebakaran 80 peratus.

“Sebaik tiba, penghuni terbabit dikatakan terlebih dahulu keluar menyelamat diri dan kebakaran yang berlaku telah menyebabkan ruang tamu dan dua bilik tidur hangus dijilat api.

“Api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian dan punca kebakaran masih dalam siasatan Pasukan Forensik Bomba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI