fbpx

Denda RM10,000 peningkan rakyat – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman hantaran Najib di laman sosial Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak konsisten akan mengelirukan rakyat dan pihak penguatkuasa.

“SOP patut konsisten dan tidak boleh sering ‘flip-flop’ sehingga pegawai penguatkuasa dan rakyat pening kepala. Saya menyokong hukuman yang lebih berat bagi mereka yang melanggar SOP, tetapi beliau sama sekali tidak menyokong tindakan memukul rata kesemua pelanggaran SOP.

“Selepas denda dinaikkan, kemarahan rakyat tentu turut naik mencanak jika berlakunya lagi dwi-standard antara hukuman pada rakyat biasa dengan ahli politik.

“Ianya menjadi lagi parah bagi wakil rakyat sebab sebarang denda yang melebihi RM3,000 akan menyebabkan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya dalam catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya hari ini.

Terdahulu, bagi individu yang melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac nanti.

Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara.

Tambah Najib, Kerajaan seharusnya mempertimbangkan kaedah hukuman progresif, iaitu menaikkan kadar hukuman secara berkala kepada pesalah degil yang berulang-ulang kali melanggar SOP.

Katanya, kesalahan kurang serius yang melibatkan bilangan rakyat paling ramai mungkin berpunca daripada kesilapan tidak sengaja. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI