fbpx

Polis Johor terima 34 buah Toyota Hilux ganti Land Rover

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kiri) bersama Kok Chin melihat kenderaan Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) sempena Majlis Penyerahan 34 Buah Toyota Hilux di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor menerima 34 buah kenderaan jenis Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) bernilai RM5.3 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kenderaan itu bagi menggantikan Land Rover yang telah dilupuskan.

Menurutnya, Toyota Hilux berkenaan adalah untuk kegunaan Gunasama Operasi yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di negeri ini.

“Pada 15 Februari lalu, Polis Johor telah menerima 34 buah kenderaan jenis Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) bernilai RM5.3 juta.

“Kenderaan ini telah diubahsuai dengan kelengkapan peralatan dan aksesori tambahan termasuk dashcam, alat pemadam api dan peti pertolongan cemas,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Ayob Khan berkata, pengagihan kenderaan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan sebuah ditempatkan di IPK Johor, masing-masing tiga dan dua buah di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI