fbpx

Kanak-kanak setahun tak pakai ‘mask’ disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia setahun tidak memakai pelitup muka dalam lif di sebuah kondominium di Ampang.

PETALING JAYA – Tindakan pihak pengurusan sebuah kondominium menyaman seorang kanak-kanak berusia setahun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam lif mengundang kecaman netizen semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Ampang, Selangor.

“Viral pada malam ini, kes seorang kanak-kanak berumur satu tahun disaman RM100 oleh pihak pengurusan sebuah kondominium di Ampang kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam lif.

“Untuk makluman kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah tidak perlu memakai pelitup muka,” katanya di Facebook semalam.

Surat saman yang dikeluarkan pihak pengurusan kondominium terbabit yang tertera nilai denda RM100 .

Turut dipaparkan dalam hantaran tersebut adalah surat saman yang dikeluarkan pihak pengurusan kondominium terbabit yang tertera nilai denda RM100 dan beberapa keping gambar tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai dirakam di dalam lif.

Selain itu, turut dipaparkan pada hantaran itu adalah tangkap layar perbualan ahli keluarga kanak-kanak tersebut dengan pihak pengurusan kondominium.

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan pihak pengurusan kondominium terbabit kerana telah mengambil tindakan tanpa merujuk arahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Pada masa sama, mereka mengarahkan pihak pengurusan kondominium terbabit supaya melihat dan membaca semula arahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan pemakaian pelitup muka untuk kanak-kanak.

Sehingga pukul 11 pagi tadi, hantaran itu telah dikongsi 668 kali dan lebih 1,300 orang pengguna Facebook telah meninggalkan komen.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI