fbpx

26 penagih dadah dicekup di tengah sawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa perlu memperhebatkan lagi usaha untuk membanteras aktiviti penagihan dadah bagi menyelamatkan generasi akan datang.

SEBERANG PERAI – Seramai 26 lelaki disyaki terlibat kegiatan penagihan dadah ditahan polis dalam serbuan di sarang penagihan dadah di kawasan sawah padi di Permatang Tok Jaya, Pekan Darat, Butterworth di sini semalam.

Operasi selama kira-kira 12 jam bermula pukul 10 pagi itu membabitkan tangkapan berusia antara 23 hingga 50 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mendapati lokasi itu merupakan tempat penjualan dadah secara terang-terangan dalam kalangan penagih dadah.

“Justeru, polis menahan 26 individu atas pelbagai kesalahan termasuklah positif dadah, memiliki dan mengedar dadah.

“Polis merampas 19.9 gram (g) dadah disyaki heroin dan 0.8 g syabu bernilai kira-kira RM1,075,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menahan kesemua suspek bagi siasatan lanjut termasuk 10 individu diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan bagi siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Kes tersebut turut disiasat mengkut Seksyen 39 A(2), Seksyen 39 A(1), Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI