fbpx

Musk hilang RM60 bilion dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk kehilangan RM60 bilion selepas berbalas ciapan dengan pakar ekonomi. - DAILY STAR

LONDON – Pemilik Tesla, Elon Musk bukan lagi manusia paling kaya di dunia selepas kehilangan AS$10 bilion (RM60 bilion) dalam tempoh sehari, lapor akhbar Daily Star.

Ia dikatakan berpunca daripada ciapannya di laman Twitter baru-baru ini mengenai harga Bitcoin.

Beliau berbalas ciapan dengan pakar ekonomi, Peter Schiff mengenai ciapannya yang menyifatkan Bitcoin sama teruk dengan wang fiat.

Wang fiat ialah terma bagi matawang dikeluarkan kerajaan yang tidak mempunyai nilai hakiki berbanding emas.

Menurut ciapan Musk: “Satu emel yang mengatakan awak ada emas tidak sama dengan awak benar-benar memiliki emas. Sama juga jika awak ada matawang kripto.

“Duit hanyalah data yang membolehkan kita mengelakkan kesusahan sistem barter. Data itu, seperti semua data, tertakluk kepada berapa lama ia dipendam dan kesilapan sistem.

“Sistem itu akan berubah dan meminimumkan kedua-duanya. Begitupun, (risiko) BTC dan ETH agak tinggi lol,” ciapnya.

Saham Teslo turun lebih 20 peratus baru-baru ini selepas syarikat itu melakukan pelaburan berisiko terhadap matawang tersebut.

Nilai matawang kripto juga telah turun hampir 20 peratus sejak Ahad lalu dan didagangkan rendah daripada AS$48,000 (RM194,011). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI