fbpx

TNB bantu ringankan beban rakyat terjejas kerana Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kiri) menyampaikan taklimat mengenai kesiapsiagaan TNB dalam menghadapi cabaran (PKP) kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (baris hadapan, dua dari kanan).Turut hadir ialah Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju.

PETALING JAYA – Dalam menghadapi persekitaran ekonomi yang sukar dan ramai rakyat yang terjejas ekoran pandemik Covid-19, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) terus memainkan peranannya dalam membantu golongan yang memerlukan.
Keprihatinan Kumpulan yang ‘ringan tulang’ membantu masyarakat dapat dilihat sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac tahun lalu sehinggalah kini.
Tiada yang tercicir daripada menerima bantuan dan sokongan yang dihulurkan oleh pembekal tenaga elektrik bersepadu itu kerana ia merangkumi aspek kewangan, peralatan, potongan harga, rebat dan juga tenaga.
Sepanjang tempoh itu juga, warga kerjanya daripada pelbagai peringkat pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan sentiasa bersedia menawarkan perkhidmatan bagi memastikan bekalan elektrik ke segenap pelusuk negeri di Semenanjung Malaysia kekal stabil
Pelbagai program telah dianjurkan dalam skala besar atau kecil, warga kerjanya turun padang di pusat bandar raya, setiap negeri, daerah, ceruk kampung dan juga di kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini tanpa mengira bangsa dan agama.
Melalui individu, persatuan dan kumpulan di bawah TNB, mereka bersama-sama bergading bahu membantu meringankan beban rakyat yang terjejas.

PELITAWANIS Cawangan Dua Sentral menyumbang sebuah mesin dialisis
dan kerusi rawatan kepada Pusat Hemodialisis Desa Aman Puri, Kuala
Lumpur pada 4 Februari 2021.

BANTUAN DAN INISIATIF DISALURKAN MELIPUTI:

1. Sumbangan menyeluruh ke setiap negeri

• TNB menjadi syarikat milik kerajaan (GLC) pertama memberi sumbangan RM10 juta kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi pembelian keperluan termasuk apron, penutup kepala dan pelitup muka dari China sebagai menyahut inisiatif ‘Gabungan Bertindak Korporat Malaysia Menentang Covid-19’.
• Sebanyak RM17.5 juta disumbangkan kepada kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia untuk mengekang penularan Covid-19, termasuk menyampaikan bantuan 10 unit mesin ventilator (alat bantuan pernafasan) kepada hospital di Melaka, Perak, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan bagi merawat pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU).
• Kakitangan TNB di 13 negeri termasuk 15 stesen mengagihkan sejumlah RM4.325 wang wakalah zakat dalam bentuk makanan keperluan dan wang saku kepada lebih 21,000 fakir miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU), anak yatim serta golongan B40 yang hilang punca pendapatan sepanjang bulan Ramadan.
• Meneruskan bantuan perumahan golongan B40 dan asnaf melalui Projek Baiti Jannati (PBJ) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) dengan nilai sumbangan RM50,000 setiap penerima.
• Pemberian biasiswa kepada 120 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
• Dermasiswa MyBrighter Future (MyBF) kepada 2,500 pelajar daripada golongan berpendapatan terendah (B40) yang mengikuti pengajian ijazah pertama, diploma dan sijil.

KETUA Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Datuk Ir. Baharin Din (tiga, kanan) meninjau operasi unit Distribution System Operator (DSO) sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dalam satu lawatan ke Pusat Kawalan Serantau Selatan (SRCC), baru-baru ini.

2. Memanfaatkan pelbagai kemudahan

• Pembekalan elektrik dan lampu di lebih 120 lokasi pos kawalan sementara di Semenanjung Malaysia bagi keselesaan barisan keselamatan menguatkuasakan pematuhan PKP.
• Memastikan bekalan elektrik ke hospital-hospital dan klinik kesihatan luar bandar terjamin dengan menempatkan 79 set janakuasa bergerak dengan pelbagai kapasiti.
• Sejumlah 425 set lagi disediakan sekiranya berlaku permintaan bekalan sokongan yang mendesak.

REJIMEN ke-70 dari Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) menggerakkan
anggota bagi menyalurkan bantuan logistik kepada Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) yang menyediakan kelengkapan pelindung diri atau PPE
untuk kegunaan barisan hadapan anggota perubatan KKM.

3.Kurangkan bebanan rakyat

• Melaksanakan pemberian diskaun elektrik antara 15 hingga 50 peratus selama enam bulan bermula 1 April hingga 30 September 2020 kepada pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Kerajaan.
• Membiaya secara bersama Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) iaitu penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan.
• Penangguhan surcaj lewat bayar dan penangguhan pemotongan bekalan kepada 7.5 juta pelanggan domestik sepanjang Mac-Disember 2020.
• Kemudahan pembayaran bil secara ansuran sehingga Disember 2020.
• Lanjutan tiada pemotongan bekalan kepada pengguna domestik dengan tunggakan kurang daripada enam bulan sepanjang Januari-Mac 2021. Mereka diberi kemudahan pembayaran secara ansuran sehingga 30 Jun 2021.

4. Gabung tenaga beri bantuan

• Pelitawanis TNB mengumpulkan lebih RM1 juta sumbangan untuk diagihkan kepada golongan B40, rumah-rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas dan pelajar-pelajar yang terkandas di pusat pengajian tinggi.
• Sediakan kira-kira 20,400 helai apron kalis cecair sebagai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan.
• TNB Research Sdn. Bhd. (TNBR) menghasilkan kotak aerosol mesra pengguna yang mampu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 ketika proses intubasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI