fbpx

Permohonan FiT baharu dijangka jana pelaburan RM1.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar

PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) menjangkakan permohonan baharu kuota tarif galakan (FiT) akan menjana pelaburan kira-kira RM1.5 bilion.

Permohonan baharu FiT itu adalah sebanyak 188 Megawatt (MW) untuk sumber biogas, mini hidro dan biojisim di Semenanjung Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Shamsul Nasarah berkata, daripada jumlah itu, kuota sebanyak 32MW akan dikhaskan bagi sumber biogas, 126MW (sumber mini hidro) dan 30MW (sumber biogas).

Beliau berkata, ia juga bakal membuka 600 peluang pekerjaan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB).

“Bidaan bagi permohonan baharu FiT akan dibuka mulai 1 Jun depan melalui laman sesawang SEDA Malaysia.

“Kesemua kuota ini boleh dipohon secara bidaan atas talian (e-bidding) bermula 1 Jun depan untuk biogas, mini hidro (8 Jun 2021) dan biojisim (22 Jun 2021),” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya hari ini.

Shamsul berkata, pelaksanaan e-bidding itu bertujuan memastikan kuota FiT diluluskan kepada pembida dengan tawaran tarif terendah.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI