fbpx
Wan Ahmad Fahysal (dua dari kanan) memeriksa pematuhan SOP PKP pasukan Selangor FC di pusat latihan Selangor FC di Shah Alam, hari ini.

Permohonan FAM akan dibawa ke mesyuarat MKN 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Permohonan vaksin Covid-19 kepada pemain dan pegawai pasukan Liga Malaysia (Liga M) akan dibawa untuk perbincangan di mesyuarat Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata, keutamaan kerajaan ketika ini masih kepada petugas barisan hadapan sebagai penerima awal vaksin Covid-19.

Katanya, kerajaan akan lebih terbuka untuk memberikan vaksin kepada golongan atlet pada fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membawa berhubung permohonan itu kepada MKN namun keutamaan kini lebih kepada petugas barisan hadapan.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah melakukan usaha baik untuk memastikan perlawanan bola sepak liga di bawah kelolaannya dapat dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam sidang akhbar di Kota Permai Golf dan Country Club di sini, hari ini. – K! ONLINE.