fbpx

Peniaga kuih OKU maut dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seorang peniaga kuih yang juga orang kelainan upaya (OKU) fizikal maut selepas diserang seorang lelaki menggunakan parang dalam pergaduhan di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini petang tadi.

Mayat mangsa, Chua Hock Soon, 73, ditemui berlumuran darah di tepi pagar konkrit Sekolah Kebangsaan Suka Menanti di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam tentang pergaduhan antara mangsa dengan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an di kawasan Lebuhraya Sultan Abdul Halim kira-kira pukul 4.30 petang.

“Kita kemudian menerima maklumat tentang penemuan mayat mangsa yang merupakan OKU berhampiran sebuah sekolah.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk pada leher dipercayai akibat diserang dengan parang,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat sebentar tadi.

Katanya, pihaknya percaya mangsa yang cedera dibawa masuk ke dalam kereta suspek jenis Proton Saga BLM sebelum mayat dibuang di tepi pagar sekolah berkenaan.

“Suspek yang seperti dalam keadaan khayal kemungkinan mempunyai masalah mental atau di bawah pengaruh dadah bertindak melarikan diri.

“Cubaan suspek gagal apabila dia ditahan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Wira, Mergong terletak tidak jauh dari lokasi mayat dibuang,” ujarnya.

Lokasi pergaduhan dengan tempat mayat ditemui kira-kira 10 kilometer (km). Ujarnya, sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu turut dirampas.

Tambahnya, suspek yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk mendapatan rawatan.

“Permohonan reman ke atas suspek yang didapati mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan ceroboh akan dibuat pada esok dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI