fbpx

Pengasas Sugarbook didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas aplikasi Sugarbook yang direman tujuh hari sebelum ini akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok.

SHAH ALAM – Pengasas aplikasi Sugarbook yang direman tujuh hari sebelum ini akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dengan pertuduhan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Pengarah Pendakwaan Selangor telah bersetuju untuk menuduh suspek di Mahkamah Majistret Shah Alam, pukul 9 pagi esok.

“Pertuduhan akan dilakukan mengikut
Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu lelaki berusia 34 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 18 Februari lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mahasiswa di Lembah Klang menggunakan aplikasi tidak bermoral itu bagi mencari ‘sugar daddy’.

Sebelum ini, usahawan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 372 (1) (d) / 372 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI