fbpx

Netizen pertahan Ustaz Kazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Kazim
Tangkap layar ciapan netizen yang menuduh Ustaz Kazim tidak pernah berhujah menggunakan ayat al-Quran.

PETALING JAYA – Luahan penceramah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias berhubung kecaman yang diterimanya di media sosial semalam mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat ke atas beliau dan menyelar individu yang mengeluarkan kenyataan biadap ke atas pendakwah tersebut.

Peminat K-Pop juga didapati bekerjasama memberi sokongan dengan tanda pagar #protectustazkazimelias yang kini trending di laman sosial Twitter.

“Rasanya tidak pernah saya kacau depa (mereka). Tidak kenal pun. Tetapi sedap sungguh mengata.
Alhamdulillah,” luahan Mohd. Kazim di laman Facebook semalam.

Beliau menyiarkan tangkap layar komen di media sosial yang menuduh beliau tidak pernah berhujah menggunakan ayat al-Quran.

Pemilik akaun Facebook Azwahida Ahmad Wawa berkata, beliau berharap pendakwah itu mengabaikan sifat dengki dan cemburu individu lain terhadapnya.

Pemilik akaun Facebook Sarina Ina pula mendoakan semoga Mohd. Kazim diberi kesabaran dengan ujian itu dan terus berdakwah untuk mendidik umat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI