fbpx

Harrif, Quintero julang nama TSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRIF (kanan) dan Quintero (dua dari kiri) berjaya menjulang pasukan TSG apabila masing-masing menjuarai GP Manavgat serta GP Alanya di Turki minggu lepas.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TERENGGANU Cycling Team (TSG) kembali cemerlang pada penampilan pertama di peringkat antarabangsa dalam tempoh hampir setahun selepas menjuarai dua perlumbaan di Turki pada hujung minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd. Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, kejayaan itu membuktikan hasrat mereka untuk memulakan saingan musim 2021 dengan langkah kanan sudah menjadi kenyataan.

Beliau berkata, baki dua siri perlumbaan pada awal bulan depan akan digunakan untuk meneruskan momentum kemenangan sebelum menyertai Jelajah Thailand pada April depan.

“Pencapaian Harrif Saleh dan Carlos Quintero bukan saja me­lonjakkan nama pasukan malah menambah mata dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“Ini adalah permulaan positif untuk TSG musim ini dan membuktikan usaha kita untuk ke luar negara tidak sia-sia,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

TSG mencuri tumpuan pada Sabtu lalu apabila Harrif meng­ungguli GP Manavgat sejauh 147.5 kilometer (km) dengan catatan masa 3 jam 13 minit 35 saat.

Pelumba berpengalaman itu mengatasi Alan Banaszek dari Poland manakala wakil Ukraine, Andriy Kulyk terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Kejayaan TSG diteruskan oleh pelumba import, Quintero yang menjuarai GP Alanya yang menamatkan perlumbaan sejauh 106 km dalam masa 2:40:33s.

Quintero meninggalkan pelumba Amerika Syarikat, Alex Hoehn dan rakan sepasukannya dalam TSG, Metkel Eyob di kedudukan ketiga.

Che Ku Mohd. Izmuddin berkata, kemenangan pada dua perlumbaan tersebut menjadikan barisan pelumba TSG semakin bersemangat untuk terus memburu kedudukan podium pada perlumbaan seterusnya pada 6 dan 7 Mac ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI