fbpx

Ada negara biayai kos vaksin Covid-19 kepada pelarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (kanan) menerima kunjungan delegasi UNHRC diketuai Thomas Albrecht (kiri) di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Beberapa buah negara telah menyatakan kesediaan untuk membiayai kos imunisasi Covid-19 kepada pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, imunisasi itu perlu diperluas kepada golongan pemegang kad UNHCR bagi memastikan tidak wujudnya kluster Covid-19 dalam kalangan mereka.

Beliau berkata, UNHCR menganggarkan lebih daripada 20,000 individu masih lagi belum berdaftar dengan badan tersebut.

“Program imunisasi ini memerlukan pembabitan daripada UNHCR bagi tujuan penyebaran maklumat di lapangan selain daripada penyertaan oleh kementerian dan agensi kerajaan.

“Pertubuhan masyarakat madani juga boleh memainkan peranan dalam mewujudkan kesedaran di kalangan komuniti pemegang kad UNHCR berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Saravanan berkata, sehingga Disember tahun lalu, terdapat sejumlah 178,610 orang pelarian dan pemohon suaka yang telah berdaftar dengan pejabat UNHCR di Malaysia.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 154,030 orang adalah daripada Myanmar dengan 102,250 etnik Rohingya dan 22,140 etnik Chin dan etnik-etnik lain.

“Isu yang dibincangkan selaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula esok dan merangkumi tiga fasa,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI