fbpx

Debut pentas peragaan antarabangsa Yeonjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEONJUN

PENYANYI Yeonjun menjadi bualan peminat selepas disahkan akan membuat kemunculan perdana di pentas peragaan antarabangsa.

Lebih mengujakan, Yeonjun berjaya melakar nama dalam penganjuran New York Fashion Week 2021.

Disebabkan pandemik, acara berkenaan bagaimanapun diadakan secara maya di Korea Selatan, tetapi akan dipancarkan secara langsung di New York.

Pertunjukan fesyen berkenaan berlangsung pada 17 Februari lalu pukul 10.30 pagi waktu Korea Selatan.

Selain Yeonjun, dua lagi nama popular iaitu YangYang daripada kumpulan WayV dan BIBI turut menyertai acara berkenaan.

Penganjuran acara tersebut dilakukan selepas pereka fesyen di sana tidak dapat menyertai pertunjukan fesyen antarabangsa akibat pandemik Covid-19.

Sebanyak tiga jenama fesyen menyertai pertunjukan berkenaan iaitu WNDERKAMMER by Shin Hye-young, UL:KIN by Lee Sung-dong dan JARRET by Lee Ji-yeon.

Yeonjun dan BIBI memperagakan rekaan rekaan UL:KIN sementara YangYang pula untuk JARRET.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI