fbpx

Tujuh petugas kaunter JPJ Johor ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIma kakitangan JPJ ditahan reman di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Tujuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini.

Mereka yang ditahan itu melibatkan lima lelaki dan dua wanita yang berusia antara 27 hingga 42 tahun yang bertugas pada bahagian kaunter JPJ Johor.

Menurut sumber, kakitangan itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Negeri Johor mencecah RM3.1 juta.

“Kesemua kakitangan yang ditahan tersebut bertugas di JPJ Johor dan dipercayai memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan cukai jalan LKM.

“Ketirisan itu membabitkan urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan bermotor.

“Jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Negeri Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan iaitu bermula Julai hingga Disember 2019,” jelas sumber tersebut di sini hari ini.

Katanya, kaunter hadapan JPJ dikenal pasti antara yang mudah terdedah kepada aktiviti jenayah terutama membabitkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Isu paling kerap berlaku ialah perbuatan salah guna kuasa oleh kakitangan dengan menceroboh sistem JPJ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang kini berada di Johor Bahru bagi menghadiri mesyuarat bersama-sama SPRM Johor mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurut Azam, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sin pada esok bagi proses reman dan kes siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan itu bermula hasil makluman dan kerjasama Bahagian Integriti dan Pejabat Ketua Pengarah JPJ.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI