fbpx

Tiada maklumat pemimpin UMNO positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan

PETALING JAYA- ‘Setakat ini saya tiada info berkenaan perkara tersebut’.

Itu reaksi diberikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung dakwaan satu agensi media yang mengatakan seorang pemimpin parti melayu itu positif Covid-19.

“Setakat ini, saya tiada info berkenaan perkara tersebut. Saya juga tidak dimaklumkan oleh sesiapa tentang kes positif itu.

“Saya kena semak dulu, kerana tiada siapa-siapa yang memberitahu,” katanya kepada Kosmo! tadi.

Terdahulu, satu laporan berita mendakwa seorang pemimpin UMNO yang menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Janda Baik, Pahang Jumaat lalu dilaporkan positif Covid-19.

Susulan itu, beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang turut menghadiri mesyuarat berkenaan dikatakan telah melakukan ujian saringan.

Sementara itu, seorang sumber UMNO turut memaklumkan tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan dakwaan tersebut.

“Tiada maklumat mengenai berita di atas (ahli UMNO positif Covid-19),” jawabnya ringkas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI